Selamat Datang Ke Blog PKG Kukup."TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI". Semoga Hari Ini Adalah Hari Yang Terbaik Untuk Kita Semua. Insya Allah.TERIMA KASIH.

SSQS


Perhatian kepada GPB/Penyelaras ICT

Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa soal selidik sistem SSQS telah bermula pada 19 Julai hingga 20 Ogos 2011  Jam 4 Petang.

Kerjasama tuan/puan adalah diminta bagi memastikan pengisian tersebut berjalan dengan lancar.

Sila layari 
 untuk menjawab soal selidik tersebut.

Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai.

Sebarang masalah bolehlah menghubungi PKG kelompok masing-masing.

Sekian, terima kasih.

====================================

Perihal Sistem Smart School Qualification Standards (SSQS)

Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.

Sila ambil maklum, penarafan tahap bestari sekolah menggunakan aplikasi SSQS Online ini akan berlangsung dari 19 Julai Jam 10.00 pagi hingga 20 Ogos 2011  Jam 4.00 petang.